Rabu, 21 Julai 2010

PERTANDINGAN MEMASAK UNIT BERUNIFORM 2010

Pertandingan memasak telah diadakan pada 29 Jun 2010. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit Beruniform Pengakap sebagai Johan, PBSM naib johan, Puteri Islam tempat ke-3 dan seterusnya TKRS di tempat yang ke-4. Hadiah disampaikan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Minhat b. Azam. Para peserta diadili dari aspek kerjasama, rasa makanan dan hiasan oleh hakim yang diundang iaitu En.Muhammad b. Lasim(GPK 1).

Lawatan Sambil Belajar ke Bandar Hilir

Kelab Rukun Negara akan menganjurkan lawatan ke bandar hilir untuk ahli kelabnya seramai 20 orang. Lawatan akan diadakan pada 28 Julai 2010. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Kapal Flor de la Mar, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Bukit St.Paul dan Kota A Famosa.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada sejarah dan kenegaraan.

Rabu, 9 Jun 2010

HARAPAN & SANDARAN WARGA SK BATANG MELAKA

                                                      Jumaat, 4 Jun 2010 - Satu majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna telah diadakan bagi meraikan pemain-pemain hoki sekolah seramai 6 orang yang akan mewakili Negeri Melaka ke Kejohanan Hoki MSSM diKuala Lumpur. Guru Besar telah menyampaikan sumbangan dari sekolah sebagai pembakar semangat kepada pemain-pemain untuk mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Warga SK Batang Melaka sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ini dalam misi mencipta sejarah baru buat sekolah.

Pemain-pemain hoki sekolah yang terpilih mewakili Melaka :
1. Sharifah Izzati bt. Rapaee
2. Nor Anatasia Aida bt.Abdullah
3. Nik Hasrul Hafizul b. Mahmud
4. Masmira bt. Abdul Rahim
                                    5. Azrin Neterrina bt. Saharuddin
                                    6. Muhammad Fahmi b. Azhar

Sabtu, 20 Februari 2010

UNIT KOKURIKULUM S.K.B.M


PENASIHAT
EN. ZAKARIA B HJ OMAR
Guru Besar

PN. RAFEAH BT. MOHD DAH
GPK KOKURIKULUM


EN. HAZIZIE B. HASHIM
SETIAUSAHA SUKAN


                                                       
                             PN. NORASHIKIN BT ABU HASSAN
                                       SU KOKURIKULUM

SUKAN TAHUNAN
                   RABU, 14 APRIL. Sukan Tahunan sekolah telah diadakan.  Acara yang dipertandingankan ialah acara padang dan balapan, sukaneka dan tarik tali antara rumah sukan. Sukan dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Minhat b. Azam


Olahragawan 2010- Muhd Fahmi -  Rumah Kuning
Olahragawati - Sharifah Izzati - Rumah Biru
Pengacara Kejohanan - Cikgu Borhan Puasa


                                                        KEJOHANAN HOKI MSSM 2010
RABU 21 APRIL. Unit Kokurikulum sekolah ini telah menyertai kejohanan hoki di mana dua pasukan dihantar iaitu  Lelaki bawah 12 dan Perempuan bawah 12. Kejohanan diadakan pada 19-20 April di Stadium Tun Fatimah, Melaka. Pasukan Lelaki berjaya hingga ke peringkat suku akhir manakala Pasukan Perempuan sekolah telah berjaya menjadi johan peringkat negeri.
Kejayaan ini adalah hasil usaha keras pasukan hoki sekolah ini dan bimbingan dari guru penasihat kelab iaitu Cikgu Muhaimin, Cikgu Md Nor Mattah dan jurulatih utama, En.Hazizie.  Terima kasih diucapkan. Pihak sekolah sangat berbangga dengan pencapaian ini.   Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum dan pasukannya.  Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada unit-unit lain di sekolah ini.  "Ini merupakan satu pencapaian besar kepada sekolah ini. " ulas Tn. Hj. Minhat Azam, Guru Besar.

Kolum Tengah