Rabu, 21 Julai 2010

PERTANDINGAN MEMASAK UNIT BERUNIFORM 2010

Pertandingan memasak telah diadakan pada 29 Jun 2010. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit Beruniform Pengakap sebagai Johan, PBSM naib johan, Puteri Islam tempat ke-3 dan seterusnya TKRS di tempat yang ke-4. Hadiah disampaikan oleh tuan Guru Besar, Tn. Hj. Minhat b. Azam. Para peserta diadili dari aspek kerjasama, rasa makanan dan hiasan oleh hakim yang diundang iaitu En.Muhammad b. Lasim(GPK 1).

Lawatan Sambil Belajar ke Bandar Hilir

Kelab Rukun Negara akan menganjurkan lawatan ke bandar hilir untuk ahli kelabnya seramai 20 orang. Lawatan akan diadakan pada 28 Julai 2010. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Kapal Flor de la Mar, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Bukit St.Paul dan Kota A Famosa.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada sejarah dan kenegaraan.

Kolum Tengah